Sunday, 18 December 2011

bunuh setooonnn ! *


Serekkkkkkk.

Bunyi tayar kereta berhenti di depan kilang botol kicap. Perkataan 'Kilang Cong Li Kicap' terpampang besar. Dulu Cong Li nak buat kilang coli, tapi tak jadi. Kos mahal katanya.

Sebaik sahaja ada makwe masuk dalam kereta, lalu seorang jejaka memulakan perbualan.

"Anje, Anje nak tau tak, tadi dekat fesbuk, Bebi ada terbaca pasal ada ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu atau bersetubuh dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan"

"Amboi, rajinnya Bebi baca pasal hal ehwal agama?"

"Grrrrr" Bebi buat muka garang yang dibuat-buat.

"Hehehehe.. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan, betul tak Bebi" kata Anje sambil ketawa.

"Tapi kita tak nikoh lagi... tak pe ke?" tanya Anje.

"Takpe... janji kita ikhlas. Nawaitu kita betul untuk bunuh syaitan. Kan?" balas Bebi yakin.

Anje hanya tersenyum panjang.

"Bebi bukak coli dulu ye?"

Kelihatan kereta di bahu jalan tempat gelap sedang goyang-goyang berirama sehati sedansa, kadang kala kereta itu goyang gerudi.

Selang dua hari kemudian, Bebi berkata;

"Anje, jom kita bunuh syaitan..."

Anje hanya tersenyum manja.

Selang dua hari kemudian lagi, Bebi hantar mesej ke Anje.

Lepas keluor makan malam, jom kita bunuh syaitan... Anje.. hehe.

Aummmmm...nak! nak! okay!! balas Anje laju-laju.

Esoknya, lepas ambil Anje balik kerja, Bebi berkata "Anje, jom kita bunuh syaitan... "

Anje terkedu lalu mengangguk lemah.

Esoknya lepas Anje masuk dalam kereta terus Bebi berkata "Anje, Syaitan tunggu nak dibunuh!!! Ayuh kita berjuang untuk bunuh syaitan... "

Anje dengan tiba-tiba marah dan berkata ;

"Bebi ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh Anje!!!"



*bunyi cengkerik*


________________________


Pehhh... niat nak bunuh syaitan. Murni dah harmoni betei niatnya. Tapi bila iman senipis kulit bawang, yang halal dan haram jadi tungang-langgang.

Setan! Setan! Setan!

No comments:

Post a Comment